MOU and MOA









Tahniah diucapkan kepada PM. Dr. Syaiful Rizal di atas majlis MOA di antara UTeM, Yayasan DMDI dan Yayasan UTeM pagi tadi. Dipanjangkan juga tahniah ahli projek (dari FPTT) Pn. Ratna, Dr. Izwa dan Dr. Johanna di atas usaha bagi menyediakan proposal bagi penyelidikan bersama. Dengan itu, Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penyelidikan Memperkasa Penglibatan Negeri Melaka Dalam Industri Makanan Negeri Melaka Dalam dan Luar Negara Tahun 2022 Hingga 2030 di antara Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Yayasan Canselor UTeM telah dijalankan pada hari ini, 25/5/2022
Untuk makluman, dana yang disuntik bagi projek ini adalah sebanyak RM100 ribu (RM50 ribu UTeM, RM30 ribu Yayasan DMDI dan RM20 ribu dari Yayasan Tun Canselor)