Tahniah! Lantikan Baharu dan Kenaikan Pangkat!
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Syaiful Rizal atas lantikan semula sebagai Dekan FPTT, serta semua staf yang telah berjaya mendapat kenaikan pangkat pada tahun 2025 ini.
Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi, usaha, dan komitmen berterusan dalam bidang akademik serta pentadbiran, tetapi juga menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan ini membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan fakulti, universiti, dan negara