Audit Pengawasan ISO 9001:2015
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan pihak SIRIM bagi pelaksanaan Audit Pengawasan SIRIM MS ISO 9001:2015 pada 10 September 2025. Audit berlangsung di bangunan fakulti dengan penglibatan semua penyelaras subjek sebagai staf utama. Audit ini diketuai oleh En. Hadie Aizzat Asli selaku Ketua Auditor.
Audit semakan memberi tumpuan kepada PENGAJARAN & PEMBELAJARAN di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan yang merangkumi:
-
Reka bentuk dan pembangunan kursus baharu serta semakan kursus sedia ada (jika berkenaan)
-
Penyediaan rancangan pengajaran & penjadualan
-
Pelaksanaan rancangan pengajaran
Hasil audit menunjukkan pencapaian membanggakan apabila tiada penemuan ketakakuran (NCR) dan cadangan peluang penambahbaikan (OFI) direkodkan sepanjang proses dijalankan. sebagai langkah ke arah pemantapan serta peningkatan berterusan terhadap kualiti perkhidmatan fakulti.
Kejayaan ini membuktikan komitmen fakulti dalam mengekalkan standard kualiti pengurusan yang tinggi. Ia juga menjadi bukti kesungguhan warga FPTT dalam memastikan proses pengajaran, pembelajaran, serta pengurusan fakulti sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada JK ISO, para pensyarah dan staf pentadbiran yang telah memberikan kerjasama padu serta persediaan rapi untuk audit kali ini. Usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan telah memastikan kelancaran proses audit dan pencapaian yang membanggakan buat fakulti.
FPTT akan terus komited dalam mengutamakan kualiti dan penambahbaikan berterusan agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga fakulti dan komuniti UTeM.